dan masa terus berlalu

bismillah...

tahun 2007 kini melabuhkan tirainye, memberi laluan kepade tibanye tahun 2008 yang menjanjikan 1001 kejutan demi kejutan. tahun 2007 yg bakal berlalu juga tidak kurang dengan kejutan-kejutannya. jika disorot kembali ke belakang, tergambar semula pelbagai kenangan indah dan pahit yang mewarnai hidup kita seharian dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Tuhan di muka bumiNya yang amat luas ini.

pun begitu pemergian 2007 pasti dirindui..

kehidupan pada usia 20 tahun merupakan satu tempoh yang sangat berbeza jika hendak aku bandingkan dengan kehidupan sebelum itu. tanggungjawab semakin banyak, dugaan semakin berat. semuanya datang silih berganti ke arah mempersiapkan aku untuk ke mase depan yang ternyata lebih mencabar.

alam pengajian 2007

aku melangkah ke alam 2007 sebagai pelajar tahun kedua perubatan di jordan university of science and technology. ternyata ia merupakan tahun yang mencabar. semester pertama tahun kedua pengajianku di sini telah bermula sejak september 2006, ibaratnya januari 2007 merupakan tempoh 'final exam' untuk semester tersebut. di antara subjek yang kuambil termasuklah general pharmacology, general pathology, general microbiology, biostatistic dan molecular genetic. personally, aku katakan inilah semester paling susah yang pernah aku lalui setakat ini (sbb dlm sem nila aku dapat muadal paling sket), namun aku sangat bersyukur kerana masih lagi boleh 'survive' di saat rakan seperjuangan yang lain mula menunjukkan bibit-bibit kecundang, mungkin kerana masih tercari-cari cara study yang paling sesuai.

pun begitu, life goes on.. semester kedua menyusul dengan format yang ternyata berbeza dengan semester sebelum itu. kali ini kami disajikan dengan pengajian ilmu perubatan berkonsepkankan 'sistem', bermula dengan HLS (hematopoeitic & lymphatic system), disusuli CVS (cardiovascular system) dan RS (respiratory system). konsep sistem ini mengintegrasikan kesemua komponen-komponen ilmu perubatan yang hanya berkisarkan mengenai sistem itu sahaja. (maksudnye, kalu kite belajar sistem darah, kite belajar pasal darah jela drpd anatnye sampaila ke pathologynye..)

dalam semester ni belajarnya lebih banyak rileks (mungkin juga satu perangkap sekirenye xpandai berhati2) tetapi examnya memang hazab! walaupun kami cume berdepan dengan soalan berformat mcq, ternyata ia bukanlah satu advantage kepada kami untuk belajar sambil bersenang lenang. andai terleka akibatnya memang tak terbayangkan..

alhamdulillah, result yang keluar ternyata tidak menghampakan (walaupun xla membanggekan sangat). berkat doa ibu ayah aku masih lagi survive.

semester musim panas bermula sekitar jun 2007. klimaks musim panas tidak menghalang aku dan rakan-rakan yang lain untuk terus tabah mengutip secebis ilmu Allah di sini. subjek yang diambil ketika ini termasuklah immunology, public health & psychology. memandangkan ia merupakan sebuah semester yang pendek kami terpakse menghadap subjek & lecturer yang sama hampir setiap hari! cukup membosankan.. semester ini juga merupakan semester akhir untuk pengajian tahun dua perubatan. seandainya kami melepasi summer sem ni maka secara tidak rasminya kami layak untuk ke tahun tiga!

dan di saat aku menulis entry ni, aku sudahpun berada di penghujung semester pertama tahun ketiga.. bile da sampai tahap ni rase mcm xpercayelah pulak.. hehehe

kehidupan penuh cabaran

tahun 2007 juga manyaksikan kehidupan aku di rumah baru setelah berpindah dari bangunan al-um'ari yang aku duduki sepanjang tahun pertama aku di sini. namun kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari.. setelah beberapa bulan di rumah tersebut ternyata ia bukanlah sebuah rumah yang baik. walaupun kami merupakan penghuni pertama rumah tersebut (memandangkan ia baru sahaja siap dibina tatkala kami memasukinya) pelbagai masalah timbul - masalah air, elektrik, sistem perpaipan yang teruk, ditambah pula dengan masalah kulat (rumah berkulat esp tym winter.. bayangkan!).. semuanya cukup sebati untuk membuatkan hidup aku jadik tak tentu arah mase tu.. tapi nak buat camne, dalam akad perjanjian dengan tuan umah kate nak duduk setahun, terpakselah jugak tunggu habis akad baru bole pindah..

bile dikenang balik citer2 kat umah lame tu, hati ni jadi sayu.. xsangke kesudahannye begitu.. hmm malaslah nak cite kat sini..

yang penting sekarang aku da masuk ke rumah lain yang (bagi aku) lebih baik daripada rumah-rumah peninggalan aku sebelum ni.. ye, rumah sekarang ni pun kadang-kadang meragam jugak tapi nak buat camne.. kalu dah namenye tinggal dekat jorden pegi mane-mane pun tetap ade masalah.. lari ke sane masalah itu.. lari ke sini masalah ini.. terpaksela bersabar menghadapi dugaan dan ujian segetir ini..

bile da hidup serbe serbi kekurangan nih, barulah terase nikmatnye segale bende yang kite dapat selame ni 'take for granted'.. aku bersyukur, dan aku harapkan kesusahan yang aku alami ketika ini mampu mendidik jiwa aku untuk menjadi seorang yang penyabar dalam menempuh segale cubaan dan tribulasi yang menanti di saat aku bergelar seorang doktor nanti..

memikirkan tentang mase depan, aku sendiri risau dengan diri aku.. entahlah..

cabaran 2008

1 januari 2008 menanti dengan penuh debaran. bulan januari ini sahaja terpaksa aku habiskan untuk mempersiapkan diri sebelum menghadapi final exam yang dijangka berakhir 22 januari nanti. harapnya dengan masa yang berbaki ketika ini mampu aku gunakan semaksima mungkin untuk mengulangkaji semula apa yang telah aku pelajari sepanjang semester satu tahun ketiga yang sungguh panjang dan melelahkan ini.. *sigh*
  • jan 10 - mid term exam for endocrine system
  • jan 13 - final exam for endocrine system
  • jan 17 - final exam for gastrointestinal system
  • jan 21 - final exam for musculoskeletal system
segunung harapan kami panjatkan ke hadrat Ilahi. aku mengharapkan kesudahan yang membahagiakan untuk sem ini. semoga aku dan rakan-rakan seperjuangan yang lain dapat menempuh dan menyudahkan sem ini dengan kejayaan, penuh bergaya..

doakanla kejayaan buat kami!

di samping itu juga, kami perlu mempersiapkan mental dan fizikal kami sebelum tibanya era klinikal yang (insyaAllah sekiranya tidak ada aral melintang) akan kami tempuhi september depan..

di saat orang lain begitu teruja sekali mengejar alam klinikal, aku merasekan sebaliknya - mungkin kerana kemahiran bertutur dalam bahasa arab masih belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan. namun, apa yang aku harapkan tahun 2008 ini mampu membuka lebih banyak jalan yang membolehkan aku untuk memperbaiki tahap diri aku hari ini ke arah yang lebih baik.

juga, tahun 2008 menyaksikan perubahan drastik di dalam perkembangan semasa ekonomi jordan apabila harga minyak semasa akan dinaikkan 100% daripada harga asalnya mulai 1 januari 2008 setelah kerajaan bertindak menarik balik subsidi minyak yang diberikan sebelum ini, meninggalkan rakyatnya di dalam satu keadaan ekonomi yang memang tidak dapat dijangkakan teruknya. harga barangan dijangka meningkat mencanak-canak. rakyat yang sudah sedia susah semakin tambah terdesak..

sesuatu yang tidak aku jangkakan sama sekali..

dengan biasiswa pemberian kerajaan buat masa ini, aku ragu-ragu untuk menghadapi 2008.. walaupun acapkali kedengaran ura-ura biasiswa akan dinaikkan tahun hadapan, aku sedikitpun tidak meletakkan harapan setinggi gunung setelah beberapa kali 'terkecewa' dengan khabar angin sebelum-sebelum ini mengatakan hal yang sama, sedangkan biasiswa masih kekal pada rate lama. tapi bila difikir-fikirkan balik, alangkah bertuahnya aku jika hendak dibandingkan dengan rakan-rakan lain yang tidak ditaja. dengan meningkatnya kos sara hidup harian di sini bagaimana mungkin mereka hidup selesa?
"ya Allah.. memang tidak terhitung banyaknya nikmat yang telah Engkau berikan padaku.. selangit pujian kupanjatkan buatMu di atas nikmat-mikmatMu yang melimpah ruah.. terima kasih Allah.."
memikirkan cabaran ekonomi yang sehebat ini aku terpaksa menimbang semula keputusan untuk kembali ke tanah air pertengahan tahun hadapan. bukan mudah untuk membuat keputusan. dengan harga tiket flight yang sudah pastinya melambung mahal aku tidak pasti sama ada lebihan biasiswa di dalam simpanan mencukupi atau tidak untuk membolehkan aku menemui bonda tercinta yang telah 2 tahun tidak kutemu. aku cuma mampu berdoa kepada Tuhan semoga dipermudahkan jalan untuk kupulang sebentar menjenguk atuk nenek yang sudah tidak berapa sihat, menatap redup wajah ibu tersayang di samping adik-adik sentiasa kurindu..

peritnya hati memendam rindu, terasa nikmat saat ketemu.. akan kunanti saat itu!

aku mengharapkan kehadiran tahun baru 2008 menjanjikan 1001 kegembiraan, kejayaan & kebahagiaan buat diriku. semoga tahun 2007 yang bakal aku tinggalkan beberapa jam lagi akan menjadi muhasabah berguna buat diri ini untuk menempuhi tahun-tahun mendatang dengan penuh keyakinan dan harapan.

selamat tahun baru 2008! wa kullu 3am wa antum bikher..

december 31, 1985 - december 31, 2007

hepi besday taufeq!!

p/s: da makin tue nampaknye.. bilela nak dapat merase makan nasik minyak kawan kite sorg nih~ :p

sekitar sambutan hari raye aidiladha 2007 di irbid

updated on monday, december 24, 2007

let the pictures tell the stories..

day I: pagi raya.. solat eidul adha di masjid jamiah.. dlm pic ni, sumbody tgh tangkap gambar halfi & majdi sedang berpeluk2an lambang mesre & 'sesuatu'.. hehehe

huhu aku xsempat semayang raye pagi tuh! aiseh.. sampai2 je xleh masuk masjid sbb org semayang penuh sampai ke pintu padahal kt dalam banyak lagi space.. mane bole lalu depan org semayang.. so tunggu jela org abes & dgr khutbah raye sajor lepas tu.. yang ye nye datang lambat.. org da stat semayang baru nak kuar rumah.. kan padan! (terus menyorok belakang halfi tande malu.. huhu)

day II: upacare melapah daging bermule.. (kambing department)

tema: musculoskeletal system (tengah mematahkan kepale lutut kambing dgn org kuat dr kelantan, abang hiq.. hik3)

tema: cardiovascular system (tu jantung kambing tau.. sape2 yg ade heart failure & perlukan heart transplant bole contact aku skrg ye.. huhu)

tema: respiratory system (ni peparu kambing beserte tracheanye skali.. again, sape2 yg memerlukan lung transplant juge bole contec aku skrg..)

tema: gastrointestinal system (ni hati kambing.. sihat lagi tau.. now available for liver transplant)

day III: upacare makan-makan.. lauk die best.. (bak kate org tuh, sedap gilossssss!! ntah sapela tu kan? hik3) ade kari kambing, sup tulang & daging lembu masak merah.. mmg umph! (awe sampai merah2 bibir xtahan pedas ke?)

persidangan ahli mesyuarat tingkap sedang berhenti rehat untuk bersantap2an.. aladin (yg pakai kopiah tu.. amat 3alim~) selaku yang dipertua persatuan bertindak selaku pengerusi mesyuarat.. hehehe..

and lastly, sbg penutupnye, bergambar kenang2an sebaik sahaja majlis sambutan aidiladha melabuhkan tirainye.. semoga bertemu di aidiladha akan datang.. ewah gitu~ ;)


salam aidiladha di kami seluruh pelajar perubatan & syariah di jordan, dengan ingatan tulus ikhlas.. bersama hayati erti pengorbanan sejati.. peace!

[special thanks to halfi & nadzeem for their photos]

donat donet

bismillah..

hmm hujan kt luar.. sejuk gile! jam skrg kol 2.46 pg.. org lain da tido lame da tp aku baru je balik umah.. sbnrnye aku pg umah kawan td, 'main masak2'.. blaja buat donat.. walaupun da masuk raye ketige kiteorg masih dalam mood masak2 lagi katenye..

pas isya' td, konon2nye nak studyla sbb da brpe hari xsentuh buku sejak cuti bermule hari selase lepas.. tp almaklum sajela, camne xkhusyuk semayang camtu jugakla xkhusyuk study.. ade je bende terfikir nak buat..

tetibe aku ngidam nak makan donat! aaa donat.. i love donat!!

aku mule jd xtentu arah.. walaupun baru je lepas dinner (& perut pun masih penuh lagi) tp aku ttp nak makan donat - xnak beli, nak buat sendirik! (nak beli mahal xhengat dunie) org kate kalu kite nak buat bende2 bukan akademik buat tym2 cenggini lah, kalu da stat kelas mmg xde mase..

so aku tutup buku, then trus surf intenet cari resepi nak buat donat.. 1st aku cari resepi melayu.. hmm, mcm basic je.. xpe, try carik resepi dunkin donut plak.. ade.. walaupun not officially published by dunkin donut sendirik tp resepi tu mirip ala2 mcm resepi dunkin donutla jugak.. untuk ke website resepi tu silelah ke link ini (top secret recipe katenye.. yele tuh..) resepinye seperti berikut:

bahan2 yg diperlukan:
  • tepung
  • butter atau marjerin
  • telur
  • gule
  • garam
  • yis (sgt penting)
  • coklat masakan for da topping (xnak kalah)
  • minyak masak
  • susu kotak (bukan susu sejat tau.. ni susu lembu yg kite makan sekali dgn corn flake tu)..
hmm tu je la.. care nak buatnye plak:
  • mule2 cairkan yis dgn air suam sket, tarukla yis tu dlm 1/4 ounce (xtaula melayunye ape)..
  • pastu masukkan susu kotak td (sket je, 3/4 cawan cukup.. make sure suamkan dulu susu tu utk kasik yis tu lagi larut) + butter 2 1/2 sudu besar + telur sbijik + gule 1 cawan + garam stgh sudu besar.. mix them together sampai sebati..
  • pastuh masukkan tepung sket demi sket sampai doh tu jd agak pejal dan xcair lagi.. bajet2 tepung dlm 3 cawan.. kalu xpejal bole tambah lagi.. then korang uli dgn tangan jap.. pastu biarkan sejam.. tunggu doh tu ngembang (td aku buat die kembang sket jek.. kesal.. malas nak tunggu lame aku terus tambah tepung banyak2 sampai doh jd doh betul2.. puas hati~)
  • then bile doh tu da besar, gemuk & gebu korang bentukkan donat korang tu ikut bentuk yg digemari.. nak buat bentuk ring bole, nak pintal pun bole, nak buat muke orang pun bole.. part nih paling susah sekali sbb aku xde pengalaman langsung nak bentuk doh tu bentuk ring yg mcm selalu org buat.. dlm resepi tu die ajar teknik acuan, main tekap2.. aku xde acuannye.. so nekad bentuk sendiri gune 'acuan' tangan anugerah Tuhan walaupun susah & agak time consuming..
  • then goreng.. jgn goreng lame.. api biau kecik2 je, jgn besau2 nanti jd telinge kel*ng (tiru asma huhu)..
  • pastu korang bole cairkan coklat masakan, then celupkan donat yg siap digoreng td dgn coklat td.. taburla ape2 yg korang rase menarik utk ditabur atas coklat td.. skdr nak naikkan selere.. nak makan gitu pun xpe je.. then tunggu sejuk jap & donat handmade korang sedia utk di'mentekedarah'kan.. huahuahua..
try it urself.. senang je.. mule2 aku sangat cuak sbb takut bende nih xjadi tp alhamdulillah donat aku jadik dgn sempurne.. (sambil pose masuk bakul angkat sendirik :p) tp selalunye bende yg aku 1st tym cube selalunye jadik.. tataula kalu wat lepas2 nih jadik ke x.. btw, aku sgt hepi malam nih - belajar satu lagi bende baru! yuhuu..

tpkan, sok da hari jumaat.. tige hari cuti ni asek wat aktiviti dapur je.. bile aku nak study nih?? hadusss..

entry malam raya

bismillah..

sumhow ketibaan eid al adha tahun ni aku rasekan begitu hambar sekali.. xtaula kenape.. mungkin ter'efek' drpd kwn2 yg rate2nye mcm nak xnak je sambut raye.. alasan - jauh dari famili.. homesick.. hmm~

aku pun da naik bosan bile selalu sgt dgr keluhan2 camni.. da name pun hidup merantau, adatlah sekali sekale berjauhan drpd keluarge, lebih2 lagi tym raye.. kite yg baru cube2 nak cari smgt raye ni pun jadi luntur balik lantaran sikap dorg ni.. pesimis sgt, ibaratnye kalu xde famili make xrayelah gamaknye.. come on la, setakat raye jauh dgn famili yg sekali sekale tu xkanla peluang beraye dgn kengkawan ni korg nak sia2kan? bile lagi nak beraye dgn kengkawan?

bukanlah maksud aku nak mengenepikan famili sendiri demi untuk bersuke-ria dgn kawan2 semate2 tp dalam keadaan2 begini [duduk oversea, famili jauh.. tinggal kawan2 sekeliling je tempat berkongsi susah & senang], sewajarnye kite appreciatela setiap mase, detik & ketika yg kite ade dgn kawan2 kite utk beraye same2, masak same2, makan same2.. ni tidak, sikit2 "eee bestnye kalu dpt raye dgn famili..", "eee bestnye kalu dpt raye dgn famili.." kawan kt depan ni mcm xde makne je dlm hidup die..

camni ke care kite appreciate kawan2 kite? camni ke care kite appreciate org yg paling dekat dgn kite, org yg tolong kite bile kite susah, org yg berkongsi suke duke hidup kite setiap hari?

selagi kite berterusan bersikap pesimis mcm ni, bagila 100 hari raye sekalipun tetap xde maknenye.. kite tetap rase keseorangan di kala sume org meraikan kegembiraan.. keseronokan hari raye bersame kawan2 diperantauan xkan dapat kite nikmati senikmatnye andai kate kite terus membutekan mate hati kite dgn sikap homesick kite tu..

percayelah.. bile kite da abes blaja nanti, kenangan beraye dgn kawan2 ni la yang akan buatkan kite rase mcm nak balik semula ke mase silam sbb kite xkan jumpe lagi suasane sebegini bile kite da balik msia, lebih2 lagi bile kite da stat keje nanti.. sementare ade kesempatan ni, gunekanla mase & peluang beraye dgn rakan2 ni dgn sebaiknye.. raikanlah eid al-adha mahupun eid al-fitr atau apa jua perayaan sekalipun dgn rakan2 sementare kite masih berkesempatan.. carilah keriangan di sebalik kekurangan yang ade.. insyaAllah setiap detik dalam hidup kite pasti bermakne walaupun kite mungkin xdapat semua bende yg kite mahukan..

hmm ntahla.. malasla nak ckp byk2, xnak spoilkan mood raye yg da sedia luntur ni.. btw, sempena ketibaan eid al-adha sempena tahun 1428 H ini, aku nak ucapkan selamat hari raya aidil-adha utk ahli keluarge dan semua rakan2 yg tercinte.. taqabballah minna wa minkum wa kullu 3am wa antum bikher.. buat sahabat2 yg mengerjakan ibadah haji, semoga memperoleh haji yang mabrur.. aku doakan semoga selamat pergi dan selamatlah pulang juge hendaknye..

semoga kehadiran eid al adha kali ni membawa satu makne yang besar dalam hidup kite dalam mengenal erti pengorbanan..

salam aidil adha buat semua..

looking for da future~

bismillah..

seminggu lebih jugak blog nih sepi tanpe entry baru.. walaupun mase banyak terluang, tapi idea selalunye datang bile kite betul2 xde mase (contoh paling mudah, time nak examlah!).. by the way, kali ni aku cume nak kongsi sket dgn korg ttg cite2 aku.. ttg plan aku untuk mase depan.. well, hidup kite ni mestilah kene ade cite2.. barulah kite rase kite hidup ni up for sumthing, bukan sekadar hidup makan-tido-makan-tido je..

cite2 bolehlah didefinisikan sbg satu keinginan atau kehendak yang kuat untuk mencapai sesuatu.. ia juga boleh diertikan sbg satu keazaman yang kuat untuk berjaya, menjadi kaye, senang, berkuase dan sebagainye.. cite2 mendorong manusia melakukan sesuatu untuk mendapatkan ape yg diinginkan.. cite2 menginspirasi manusia untuk terus sabar dan cekal menghadapi segale ujian dan dugaan demi mendapatkan ape yang dihajati..

kerana cita2, manusia mampu menawan puncak everest.. kerana cita2, manusia sanggup berlayar merentas lautan mengelilingi dunia.. kerana cita2 juga, manusia berjaya menjejakkan kaki ke bulan..

begitu hebat sekali peranan cite2 dalam kehidupan manusia..

aku pun ade cite2 gak, tp xdela sampai nak pegi planet marikh.. cite2 aku basic2 sajor..

cita2 budak2

time kite kecik2 dulu, cikgu kat sekolah selalu tanye.. "bile da besar nanti kamu nak jadi ape?"

"pilot!"

"doktor!"

"cekgu!"

dan macam2 lagi..

yang blur pun ade.. xtau da besar nak jd ape..

mase tu aku pun beranganla.. bile da besar nanti konon2nye aku ingat nak jd arkiteklah sbb aku suke reka model bangunan (dan ape saje yg bole direka berasaskan kertas, kotak kadboard dan yg sewaktu dgnnye).. xterfikir plak nak jd ape yg aku tgh 'usaha'kan sekarang..

ingat lagi, mase darjah 3 dulu aku dgn sorg lagi classmate yg kepale otak lebey kurang mcm aku jugak selalu mintak kotak pensil 2b dekat koperasi utk projek reka cipte kiteorg.. mcm2 kiteorg da buat; bangunan, umah, kapal terbang, kapal perang sampaila kete kebal.. haha imaginasi budak2.. dan satu projek yg paling aku xleh lupekan ialah model bandar kt atas meje tulis! habes penuh atas meja tu dgn jalan, umah, bangunan, jambatan, tiang lampu & bukit bukau segale sampai xde tempat utk aku menulis kt atas meje tu, siap bergam! nasib baik meje sebelah kosong.. kalu ak menulis pgla ke meje sebelah.. guru kelas aku mase tu x plak marah bile tgk meje aku da jd 'bandar baru bangi', tp die pesan kalu nak buat lg buat dekat meje tu je, jgn merebak ke meje sebelahnye plak.. die mcm xkesah je aku tgk.. siap pesan lagi, "kalu da siap model2 tu awak simpan dekat almari belakang tu ye.."

wah bangge xhengatlah bile org appreciate keje kite.. mungkin sbb mase tu kite kecik lagi kot.. secare psychologynye kalu kite bg galakan kat budak2 utk create sumthing secare xlangsung ia bole membantu tumbesaran minda & akal dorg.. thats why la kot cikgu xmarah~

cite2 bile masuk sekolah menengah

bile masuk secondary school plak, aku mule suke subjek sains.. sume org belajar sains, so masing2 taula sains ni best ke x.. so time tu aku lagilah banyak berangan.. nak jadi astronautla, nak saintis pengkaji bintangla (sbb aku minat astronomi.. dulula, skrg x ;p).. mcm2.. tp still xterlintas nak jadi doktor.. minat untuk jd arkitek tu masih ade walaupun mcm da kureng sket, tp merekacipte model bangunan tetap menjadi hobi tatkale keboringan..

minat aku terhadap astronomi xberkembang mane pun disebabkan 'sumber2 ilmu' yg serbe kekurangan kat samses, maklumla sekolah kampung.. ilmu aku cume ape yg ade kt dalam buku teks dan beberape buku sains yg aku penah bace kt library.. library pun kecik, buku pun xbanyak.. intenet pun xde, baik kat umah mahupun kt sekolah.. so disebabkan ilmu yg terbatas angan2 aku untuk jd pakar kaji bintang cume sekadar angan2 jele mase tu..

awal 2003, aku berpindah ke sambest.. sekolah aliran sains.. lepas nih mmg confirmlah cite2 aku lepas ni menjurus ke arah sains gak, xpun bidang agame (bayangkan aku jadik ustad, waduh2~).. xkanla masuk aliran sains nak jd akauntan plak kan.. apekah?

sains hayat vs engineering

mase mule2 masuk form 4 dulu kiteorg masih belum di'separate'kan kepade kelas sains hayat & sains kejuruteraan.. untuk permulaan sume budak2 di'assume' sbg budak sains hayatla.. xlame lepas tu proses resorting pun dijalankan.. cikgu2 nak pisahkan dak2 sains hayat & engineering sbb subjek yg kiteorg akan amik lain2..

aku ingat lagi.. mase tu cikgu bio kesayangan aku, cikgu munirah yg conduct proses resorting budak2 nih kt dewan besar..

"sape nak amik engineering gerak belah sini, sape nak belajar bio dengan saye stay where u are.."

mase tu aku betul2 dalam dilema.. nak amik bio ke engine huh? mase tu xsure lagi nak jd doktor ke nak jadi arkitek.. i had to made up my mind..

last2 aku decide utk kekal sbg budak sains hayat je memandangkan aku mcm xberape minat math (well, engineering main dgn nombor & pembaris tiap2 hari.. kosser aku!).. aku sendiri pun xsure whether aku buat keputusan yg betul ke x tp.. ahh biarkanlah.. kite tgk dulu ape na jd lepas nih.. xcube xtau.. "nampak gayenye kenela ubah cite2 pasnih.."

well, as time goes by, sikit demi sikit aku makin minat dgn subjek nih.. mase introduksi utk subjek bio ni cikgu bio aku mase tu (cikgu nurul aznah) dengan penuh semangat waja menceritekan ttg profesion2 yg bole diceburi once kite amik subjek nih.. doktor, pharmacist, microbiologist, genecist, lecturer dan mcm2 lagi..

hmm sounds great.. tp aku bersediakah utk itu?

cite2 post-spm

nak dipendekkan cite, aku pun menamatkan alam sekolah menengah dgn keputusan spm yg not too bad, cukupla-nak-bagi-anak-bini-makan.. so dgn keputusan yg xseberape nih aku pun tryla tinjau2 option yg aku ade utk lanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi.. hmm, ape kate kite try amik medic, nak x? layan.. aku pun applyla tajaan jpa, amik medic kt mid-east seperti yg disarankan cikgu add math aku, cikgu fouziah.. alasan die aku ade bahase arab, subjek nih bole bg kredit lebihla katenye utk apply medic mid-east.. layan..

[nampak mcm aku ni xde cite2 kan? main sapu je sume bende..]

then tibe mase interview yg langsung aku xterfikir begitu sekali format die ish3.. teruk gile interview aku hari tu.. bajet da mmg xde harapanla nak amik medic bawah jpa nih.. nak amik sendiri mane nak cekau duit.. so aku pun pasrahlah masuk matrix melake walaupun aku xtau pun lagi result interview aku tu same ade diterime ataupun ditolak.. rase mcm dorg tolak je mase tu..

so bile aku masuk matrix, aku pun berazamlah.. "kalu confirmla xdpt amik medic bwh jpa nih make terpakselah aku struggle gile2 utk dptkan tempat blaja medic dlm negare pas abes matrix nanti.." kalu x, bersedialah amik bidang yg 'pelik2'.. hmm xpela kite cube dulu.. aku tau nak dptkan 4 flat tu susah tp nak buat camne.. aku pasrah..

[sedikit cerite lari tajuk.. kat sinilah aku kenal dgn sophee & muneer, tp dorg xkenalla aku mase tu sbb aku xfeymes.. aku kenal dorg pun sbb sophee ketue blok aku, muneer feymes sbb otak die sgt terer maths yg susah xhengat dunie.. taufeq & faiq pun masuk matrix melake tp xsempatla plak jumpe dorg kt sini.. bile kenal mase kt intec baru tau dorg ex-kmm gak rupenye..]

keputusan yang mengejutkan!

lebih kurang sebulan aku kt kmm, result interview jpa pun kuar dlm internet.. dan permohonan aku diterime! surat tawaran menyusul dlm mase seminggu..

bile da dpt surat tawaran aku pun mohon keluar kmm dan lapor diri ke intec seminggu lepas tu.. xsampai 3 bulan kursus pra-persediaan kt intec aku diterbangkan ke jordan, blaja medic dekat just, which stand for jordan university of science & technology..

and now here i'm.. da tahun 3 da! huhu.. dalam keadaan "eh betul ke skrg aku budak medic? betul ke? betul ke?" ^o^

my future ambitions

bile kite da ade dlm bidang medic ni make tercapaila cite2 aku utk jd doktor, tinggal nak study rajin2 je lagi, pastuh grad.. then i'm becoming a doctor! fuh gilerla~

org kate, selagi kite hidup ni selagi tulah kite xkan berhenti drpd bercite2.. kali ni utk pilih speciality aku utk mase depan.. xkanla setakat nak jd general practitioner je kan.. at least sebelum pencen tu biarla kite ni surgeon ke, oncologist ke, cardiologist ke, neorologist ke.. ape2lah!

kalu dipanjangkan umur & dimurahkan rezekilah kan, di antare bende yg aku nak achieve di mase depan termasuklah:
  • aku nak jd nutritionist ataupun pakar pemakanan.. why? sbb aku tgk org kt msia masih kurang menitikberatkan soal pemakanan dlm kehidupan seharian.. thats why masih ramai org sakit walaupun sbnrnye dorg cukup makan (makan sakit, xmakan pun sakit).. tp bg akula kan, setiap doktor harus menjadi nutritionist at least kpd famili dorg sendiri.. bayangkan kalu sume org kt msia sihat, kan senang keje doktor?
  • aku nak jd geneticist sbb aku suke study org dan 'ciri2' yg dorg ade.. hehe matila korang~ genetic bestla ok.. serius!
  • aku nak jadi lecturer.. antara subject yg aku minat nak ajar termasuklah anatomy, biochemistry & genetics - those are my fav subjects.. aku suke untuk berkongsi ape yg aku tau dgn org lain.. walaupun aku ni xla pandai sgt nak mengajar2 org (lebih2 lagi kalu kene speaking) tp aku nak cube jugak.. mengajar tu pun sbnrnye satu skill yg bole didevelop, mule2 mmgla susah tp da lame2 nanti masterla kot.. (aku tgk ramai di antare kawan2 aku yg berpotensi utk jd lecturer tp dorg xnak.. trus kecewe lambang kelebihan yg ade xnak digunekan..)
  • aku nak run hospital sendiri.. kalu mampu, hospital ni menawarkan khidmat perubatan secara percuma untuk org2 yg kurang berkemampuan.. kalu mampu lagi, free of charge untuk semua! untuk sumber kewangan mungkin aku memerlukan bisnes lain yg bole support hospital aku nnt utk cover segale 'equipment2'nye sampaila gaji staf & doktor2 aku nanti.. tp insyaAllah kalu diizinkan Tuhan..
  • and lastly, aku nak jadi menteri! hahaha.. (yang ni gurau je.. tp kalu dilantik ape salahnye kikiki)
orang kate xsalah kalu kite nak berangan lebih2 tp biarlah kite berpijak di bumi yg nyate.. biarlah cite2 kite impikan tu releven utk dicapai.. ape yg penting ialah sejauh mane kite berusaha untuk mencapai cite2 tu, bukan sekadar angan2 kosong mat jenin je.. cite2 ni sekadar perangsang.. dengan adenye cite2 kite akan rase lebih bermotivasi utk kejar ape yg kite impikan..

antara cita2 dan takdir

kite merancang, Allah menentukan.. Die tahu ape yg kite xtahu.. lumrah manusia, kehidupan yg mereka lalui kdg2 xseindah ape yg mereka cita2kan.. tp kite perlu sedar bahawe setiap ketentuan Allah ke atas kite adelah yang paling terbaik buat diri kite.. amik aku sbg contoh.. xpernah terlintas pun untuk amik medic tp skrg da masuk tahun 3 da pun.. meybe aku rase aku ni lagi bagus kalu aku jd arkitek.. kalaulah (kalau) nak kate aku ni xsesuai nk blaja medic then kenape Allah campakkan aku ke sini? mesti ade 'kebolehan tersembunyi' yg kite sendiri pun kdg2 xnampak.. so anggap jela sekirenye kite xdapat mencapai cite2 yg kite impikan, ingatlah bahawe ape yg kite dpt sekarang merupekan satu ketentuan yg terbaik buat kite.. and worth it!

life is unpredictable..

walaupun begitu, sbg manusia kite perlu sentiase menanamkan cita2 supaye kite sentiase berade dlm mode 'motivated'.. manusia tidak boleh menyerah diri, membiarkan hidupnye sekadar ditentukan oleh takdir.. cite2 tanpe usaha xkan mengubah takdir kite.. dgn cite2 kite lebih teruje utk mencapai ape yg kite idam2kan.. kepuasan yg sebenar hanye akan kite rasai bile kite berjaye dapatkan ape yg kite nak dgn usaha kite sendiri..

bayangkan, same ke perasaannye kalu kite berjaya sampai ke puncak everest dgn tangan & kaki kite sendiri berbanding naik terus sampai atas gune helikopter? xsame..

cite2 yang lebih penting

dalam banyak2 cite2 kite juge, jgnla kite lupe yg hidup kite ni bukanlah untuk diri kite semate2 tp utk org lain.. nak jd doktor bukan untuk dapat gaji besar, umah besar, bini besar etc tp ade bende yg lebih penting drpd sume tu.. doktor bersusah payah belajar utk dptkan degree bukan untuk hidup senang di kemudian hari, tp untuk menyusahkan dirinye semate2 demi melihat hidup org lain senang..

ape, ingat best jd doktor? tym housemanship oncall 24 jam, xcukup tido, stres memanjang, xde mase rehat yg cukup, buat silap sikit kene maki, buat salah sikit patient saman (padahal die mintak tolong dgn kite nih, pastu saman kite balik.. patutkah?).. kadang2 rase mcm xberbaloi je tolong org kalu kesudahannye kite sendiri yg susah..

tp aku tetap xmengalah.. sbb cite2 aku bukan sekadar nak jadi doktor tp lebih dari itu - aku nak belajar erti kehidupan.. hakikat yg hidup aku ini bukan untuk diri aku semate2 tp utk org lain juga selain menjadi hamba Tuhan yg mengimarahkan bumiNya ini.. inilah hakikat kehidupan, hakikat kenapa manusia dihidupkan - untuk saling melengkapi antara satu sama lain.. hanye dari situ barulah dapat kite lihat betapa indahnya 'erti hidup pada memberi'..

dan.. dalam banyak2 cite2 kite juge, jgnla kite lupe yg hidup kite ni bukan sekadar mengejar dunia sahaje.. dunia xkekal.. dunia ni cume sekadar jambatan yg menghubungkan kite dgn dunia yg satu lagi.. xsalah andai kite bercite2 untuk berjaye di dunia, tp jgnlah kite lupekan untuk turut berjaya di dunia yg satu lagi.. semoga kite berjaya pada kedua2nya! amin..
And of them (also) is he who saith: "Our Lord! Give unto us in the world that which is good and in the Hereafter that which is good, and guard us from the doom of Fire...
[2:200]


p/s: sori for such a long entry.. bile da start xleh nak berenti..

lambaian haramayn

bismillah..

hari ni da masuk hari sabtu.. da masuk 28 dzul-qaeda da pun.. tinggal 2 minggu je lagi umat Islam di seluruh dunia akan meraikan eid al-adha.. jemaah haji pun da makin bertambah2 ramai kt mekah.. semoga mendapat haji yg mabrur insyaAllah~

khutbah jumaat hari tu pun cite pasal haji.. walaupun xdela paham sgt tp bolela tangkap sket2 yg pak khatib tu tgh cite pasal haji.. sambil2 xpaham pak khatib bg khutbah, fikiran aku menerawang, flashback balik kenangan semase kt tanah haram summer hari tu..

bahagia, sungguh membahagiakan.. rase mcm xnak balik..

pengalaman pertama

pengalaman mengerjakan umrah semasa cuti musim panas jun lalu benar2 merupakan sebuah rahmat.. xdpt aku gambarkan betape bermaknenye pengalaman tu.. kiblat yang selame ni kite hadap 5 kali sehari semalam kini telah aku jejaki dgn tapak kaki aku sendiri.. aku rase bersyukur sgt sbb ramai lagi org yg xdapat pegi sini tp Allah bagi kesempatan kpd aku dulu untuk menjadi tetamu Dia..

bayangkan, aku jadi tetamu Raja segala Raja! subhanaLlah~

sejenak di kota madinah

madinah al-munawwar, kota suci Nabi SAW yang menjadi titik permulaan ke arah terbinanya syiar Islam di mata dunia.. di sinilah Nabi SAW memulakan strategi dakwah untuk kembali mengembangkan Islam setelah Baginda terpakse berhijrah dari tempat kelahirannya sendiri berikutan tentangan hebat dari kaum musyrikin mekah.. di sinilah terbinanya negara Islam pertama di dunia.. dan di sini jugalah Baginda wafat dan dikebumikan..

masih jelas dalam kotak memori aku, di saat aku memasuki kota madinah buat pertama kalinya.. mase tu bas on d way ke hotel (anyway aku g hotel murah sajor).. tym tu baru masuk maghrib.. azan berkumandang memecah angkasa, tersebar ke setiap pelusuk kota madinah, memanggil segenap umat Islam untuk berjemaah bersama2 di masjid Nabi.. syahdu..

tatkala tiba di satu simpang, ketua rombongan kiteorg mase tu - ustaz yuri - pun buat announcement.. "ok ye anak2, yang kat sebelah kanan kite nilah masjid Nabi.."

ye, masjid nabi tersergam indah.. xde sebarang kalimah yg dapat dilafazkan, xtergambar betape gembiranya hati ni.. impian menjadi nyata.. alhamdulillah akhirnya Allah sampaikan jugak aku ke sini.. alhamdulillah!

solat maghrib dan isyak buat pertama kali di masjid Nabi benar2 mengusik perasaan.. lain sangat rasenya! banjiran umat manusia yg memenuhi setiap penjuru masjid tersebut benar2 membuatkan aku terase terlalu kecil dan kerdil di sisi Tuhan.. hati masih xberhenti mengucap kalimah syukur di atas nikmat terbesar ini.. terima kasih Tuhan~

di madinah, semua org akan bergerak ke masjid sebaik sahaja azan berkumandang.. semua, xde terkecuali melainkan mereka2 yg uzur sahaje.. baik subuh, zohor, asar, maghrib mahupun isya.. sume bersolat di masjid.. yang mane meniage sume tutup kedai kejap, kadang2 tinggal gitu je.. xde polis pun yang meronda2 suruh org g semayang.. sumenye pegi dgn hati yg redha, seolah2 hati mereka sentiase di masjid.. dunia kat luar ni sekadar sampingan je..

kat sini, sumhow aku rase tenang sangat.. rase tenteram gile jiwe ni.. rase tensen je terus lepak kt masjid.. bace quran.. zikir.. tenang sangat..

bile ade mase lapang g ziarah makam Nabi.. kadang2 cube2 jugak amik peluang utk solat kt raudhah tp area tu penuh 24jam.. so aku simpan je dulu hasrat utk semayang kt situ.. ade rezeki adela.. xnak berebut2.. kite nak beribadah, bukan nak sakitkan org..

aku stay kt madinah utk 3 hari.. jumaat sampai, ahad da bersiap utk bertolak ke mekah.. terase sekejap sgt rasenye duduk kat sini, da nak balik.. sebelum bertolak ke mekah tengahari ahad tu, aku singgah sekali lagi ke masjid nabi, utk ziarah makam nabi dan kalu ade kesempatan, solat sunat di raudhah.. alhamdulillah ade space kosong, cukup untuk aku yg xseberape gemuk ni semayang dgn selese..

selepas memberi lambaian terakhir buat Rasullullah SAW, aku melangkah pulang ke hotel, bersame hati yang sebak dan sayu utk meninggalkan madinah.. terase sayang utk meninggalkan bumi berbuat ni.. namun apekan daya.. andai ada mase aku ke sini lagi insyaAllah.. ayuh bersiap ke bayt Allah~

labbaykaLlahumma labbayk!

misi umrah sudah bermula.. perjalanan ke mekah sebenarnye mengambil mase yg agak panjang.. nampak je macam dekat.. kalu nak diikutkan, mekah terletak lebih selatan daripada madinah.. that's why kiteorg ke madinah dulu baru ke mekah sebab kiteorg datang dr utare (dari jordanlah maksudnye).. so sbg syarat sah umrah, sblm masuk ke mekah kiteorg kene berihram dulu di miqat (tempat niat utk berihram.. tp da xingat ape name tempat tu)..

first tym pakai ihram.. excited gite walaupun rase semacam.. hehe

kiteorg masuk ke kote mekah dlm kul 7 lebey.. mase tu da nak masuk isya.. disebabkan kiteorg ade rukhsah utk solat jama', kiteorg settlekan hotel dulu then baru bertolak ke masjidil haram, tempat paling suci dalam Islam..

perjalanan ke masjidil haram dr hotel aku tu xdela jauh mane, tp debaran yg aku rasekan mmg xterkalahkan.. semakin dekat aku dengan bayt Allah semakin aku merase kerdil dan kecil di sisiNya.. terase diri ini terlalu hina untuk menjadi tetamu Raja semesta alam, tapi aku yakin masih ade ruang untuk aku di sisi Allah sekiranya aku mahu kembali kepadaNya.. dan aku percaya Allah sentiase meraikan 'kepulangan' kite kepadaNya, selagi mana kite ikhlas mencari keredhaanNya..

suasane di dalam masjidil haram malam tu xberape sesak.. mungkin sebab kiteorg sampai lewat& semayang isya pulak da lame abes.. kiteorg masuk ikut bab marwa (entrance tempat saie) sbb tula pintu terdekat dgn hotel kiteorg.. xkesahla masuk ikut mane pun, hati da betul2 excited nak tengok kaabah..

tatkale kaabah terpampang di depan mata, xde kate2 yang mampu aku lafazkan.. subhanallah.. subhanallah.. hati tergamam, sebak bercampur gembira.. terase dekat diri ini dengan Tuhan.. ya Allah, inilah nikmat terbesar yang pernah aku terima! segala puji buatMu Tuhan~

pemandangan di sekeliling kaabah benar2 menakjubkan bagi aku.. hati kecil ini terase kagum yang teramat sangat dgn kebesaran zat Allah sebagai pencipta sekelian makhluk.. ribuan manusia bergerak dan beredar mengelilingi bayt Allah, slow & smooth.. aku dan rakan2 yang lain menyertai ribuan jemaah untuk turut serta melakukan tawaf..

terus terang aku katekan, perasaan tatkala pertama kali melakukan tawaf benar2 pelik.. hati tertanye2, mungkin sbb aku masih dalam kejutan-budaye-mode.. terase pelik sangat tawaf nih walaupun sebelum ni da tgk banyak kali kt tv.. tp bile da lame2 tu tawaf ni jadi macam nikmat plak.. u juz let urself moving on with the crowded.. tp hati jadi tenang.. tenang-setenang-tenangnye!

sebaik sahaje 7 pusingan telah ditamatkan, tibe giliran untuk saie.. juga 7 kali berulang alik dari safa ke marwa.. ibadah umrah diakhiri dgn tahalul sbg tanda kiteorg sudah bebas dari 'ihram'.. alhamdulillah~

the rest 4 days in mekah kiteorg free.. nak lepak masjid ke, nak shopping ke, nak wat umrah lagi ke, masing2 bebas untuk melakukan aktiviti masing2.. aku prefer untuk iktikaf di masjid memandangkan peluang nak datang sini bukannye selalu bole dapat.. tp kite mungkin xsedar, kadang2 kat tanah haram pun kite masih diuji.. kawan2 mengajak g teman shoppingla, pg kfcla, pg jalan2la.. sumenye dugaan untuk menjauhkan diri kite drpd masjid.. even kt dlm masjid pun kite masih teruji dgn org2 kt dlm masjid tu sendiri - buat bising xtentu pasal padahal org tengah semayang, lepak2 tengok org tawaf dr tingkat 2 sambil sembang2 (tp die xtawaf pun, tahan bertenggek perhati org buat pahale tp die xnak), dan macam2 lagi.. xcampur dgn makcik pakistannye yg kadang2 tu main kasar mase tawaf, xkurang jugak dgn org2 yg suke buat amalan2 bidaah di sekeliling kaabah..

sumenye menguji.. menguji hati supaye bersabar, menguji hati supaye jangan mudah marah.. menguji hati agar sentiase memohon perlindungan kpd Allah drpd sebarang kesesatan..

aku frust jugak kadang2 bile tengok org berebut2 utk cium hajarul aswad (yang nyate2 sunat je pun).. kesian aku tengok ade pakcik2 & makcik2 yg tue tersepit2 dicelah2 puluhan manusia yg berasak2 semate2 utk mencium hajarul aswad tu.. bagi aku xsalah pun nak cium, tp biarlah kene pada carenye - xberebut, xmenyakiti org lain, tolak ansur.. kalu nak ikutkan banyak lagi perkare2 yg aku rasekan xpatut berlaku di bayt Allah berlaku di situ, tp apekan daya.. aku cume mampu berdoa, semoga umat Islam diberikan kefahaman tentang Islam..

ade satu bende yg aku kagum dgn masjidil haram.. kt sini ade satu team polis yg dikenali sbg 'polis anti-bid'ah'.. ekceli dorg bukanla polis mcm polis2 biase.. dorg xpakai uniform polis pun, sume pakai jubah siap dgn 'egal' segale.. dorg ni sume tok2 syeikh lepasan universiti yg ditugaskan menjage kesucian tempat suci tersebut drpd sebarang perkare2 bidah & batil yg dilakukan oleh segelintir jemaah yg kurang kefahaman ttg ibadah umrah & haji.. polis2 ni bertindak sbg penegur, penasihat & pencegah bidah dan maksiat yg berlaku dlm masjid, contohnye, kalu ade makcik bukak tudung for sure kene sound.. kalu ade yg melekap2 kt dinding kaabah pun kene sound jugak.. nabi xpernah buat.. setiap teguran pasti di sertakan sekali dgn dalil, baik hadith mahupun al-Quran sbg tanda mereka melarang bukan tanpa sebab..

dunia ni kecik.. kat masjidil haram ni kadang2 org yg kite xexpect pun kite bole terjumpe tetibe je.. ade sekali tu aku terjumpe dgn sorg member arab satu jamiah dgn aku yg kebetulan turut mengerjakan umrah jugak.. cume die ikut trip umrah anjuran universitila.. aku join trip budak msia.. ramai jugak kengkawan aku terjumpe jiran, makcik, atuk etc kt masjidil haram.. kat madinah pun same.. 2 kota suci ni seolah mengumpulkan ribuan manusia dari segenap penjuru dunia seterusnye menemukan mereka dengan care yg kadang2 xdisangka2..

it was amazing.. dunno how to say..

bala di tanah haram?

kalu kt msia dulu org selalu cite pasal org pg mekah kalu buat jahat selalunye dapat balasan.. dalam mastika banyak cite bende2 camni.. even mase aku g sane hari tu pun aku cuak2 gak sbnrnye, manelah tau kan.. tp alhamdulillah xde pun bende2 buruk yg berlaku sepanjang 'kembara ritual' aku kat sane..

pada pendapat aku, cite2 tanah haram yg kite dgr selame ni bukanlah bertujuan untuk menakut2kan kite.. mekah tempat ibadah, bukan tempat hukuman.. kalu Allah nak turunkan bala atau ujian xyah tunggu nak pegi mekah pun Allah boleh bagi.. percayelah, mekah bukan tempat Allah membalas hambenye yang bersalah, tapi anggaplah sekiranye kite ditimpa musibah di tanah haram sebagai satu hidayah atau peringatan dari Allah utk kite bertaubat dan kembali ke jalanNye..

bala di tanah haram bukan satu balasan, tapi merupakan satu dugaan dan peringatan sebagai tanda Allah sayang pd kite, sbg tanda Allah mahukan kite kembali ke landasan yg sebenar.. beruntunglah bagi sesiape yg mendapat peringatan dari Allah dan mengambil iktibar drpdnye.. ujian dan dugaan seharusnye mendekatkan kite dgn Tuhan, bukan menjauhkan kite dariNye..

aku xnafikan, walaupun mekah tu tanah haram, kemungkaran tetap berlaku tanpa kite sedari.. bidah berleluase sbb kurangnye fahaman agame, org masih buat perkare sia2 kt dalam masjid, masih ade org yg bergaduh sbb berebut tempat sembahyang (siap main book2 tempat lagi kt depan kaabah), lalu depan org tgh smyg (sedangkan nabi melarang dgn keras), & mcm2 lagi.. kalu nak ikutkan on d spot je Allah bole bagi 'ganjaran setimpal' tp Allah xbg pun..

adekah sbb Allah xpeduli lg dengan kite smpai Allah da xnak berikan peringatan? nauzubillah..

sungguhpun begitu, sbg hamba Tuhan kite wajib bersangka baik kepada Allah sepanjang mase kerana kite xtahu ape yg Allah tahu.. bole jadi nikmat yg kite terima sbnrnye satu ujian, bole jadi juge nikmat yg kite terima satu istidraj yg hanye menjauhkan kite dari Tuhan.. the same thing for bala.. bala bole jd rahmat bile mane ia diterjemahkan sbg satu peringatan, ia juga bole jd satu yg hanye menjauhkan diri kite dr Allah tatkale kite berputus asa dr rahmatnye..

so kite di golongan mane? fikir2kan..

farewell

hari jumaat.. hari terakhir aku di bumi kelahiran nabi.. seperti yg telah dijanjikan, kiteorg akan dibawa 'berjalan2' ke kompleks ibadah haji di mina.. kiteorg ke jabal rahmah, gua thur (tgk dr jauh je) & then balik semula ke mekah utk packing barang2.. lepas jumaat katenye nak bertolak dah..

cuace agak panas walaupun sedikit berangin.. khutbah tengahari itu disampaikan oleh syeikh sa'ud ash-shuraim, cite ttg kesatuan umat Islam.. menyeru umat Islam hari ini utk kembali bersatu.. khutbah hari tu penuh harapan, seperti khutbah2 sebelumnye juge, mengharapkan kite semua melakukan satu perubahan setelah sekian lame melihat umat Islam hari demi hari ditindas oleh musuh..

kiteorg bergerak meninggalkan mekah selepas asar.. sebaik selesai solat asar, aku hanye mampu merenung kaabah dari jauh sebelum meninggalkan masjid penuh bersejarah itu, sedih gak mase tu xsempat nak buat tawaf wida' sbb mase da terlalu suntuk.. aku harap aku dapat kembali ke sini semula satu mase akan datang.. aku rindukan suasana di sini.. bergenang kelopak mate di saat kaki melangkah meninggalkan bayt Allah.. aku tenggelam dlm perasaan.. terlalu banyak kenangan dan memori dalam kembare 10 hari aku mencari redha Tuhan..

semoga aku mendapat naungan rahmat & kasih sayangnye sepanjang mase..

terima kasih Allah di atas nikmatMu yang melimpah ruah.. segala puji buatMu wahai pencipta semesta alam~

farewell bayt Allah.. semoga bertemu lagi di masa depan~

winter mode

sbnrnye aku cume nak tunjuk 'kasut sejuk' aku yg baru.. comey x? made in bundle hik3.. dlm gamba mungkin nampak kecik tp sbnrnye selipar ni gedabak! bole buat bantal ;P..

p/s: asalnye nak cari selipar sponge-bob tp sumenye kecik & da buruk.. tp xpela, yg ni pun best jugak.. jom kite kasi hangat sket kaki nih~ (n_n)

alhamdulillah!

xde kate2 lain yg dapat diucapkan melainkan setinggi2 kesyukuran buat Ilahi di atas segale nikmat dan pertolonganNya.. alhamdulillah, terima kasih Tuhan!